BAB1:BAYANGAN CINTA Sofia mengelap peluh yang bercucuran di dahinya.Didengarnya satu persatu ucapan daripada pengetua pada pagi isnin itu.'Lamanya pengetua beri ucapan,matahari pagi ni dah la panas.Aduh,menyesal aku jadi pengawas sekolah,kan dah kena berdiri jaga murid sepanjang perhimpunan ni.'Keluh hati Sofia.Gadis yang berkulit putih pucat itu tidak sabar untuk masuk ke kelasnya yang berhawa dingin yang jauh sekali dengan suasana di tapak perhimpuan yang panas terik akibat terkena silauan mentari pada pagi hari itu.Sedang asik ia mendengarkan ucapan daripada pengetua sekolah yang sedang berdiri di atas pentas di hadapannya itu ,Sofia teringat akan sesuatu.Anak mata coklat terang miliknya yang mempunyai darah campuran melayu dan arab itu segera mencari di segenap sudut di tapak perhimpunan yang menempatkan lebih daripada 1000 orang murid untuk mencari sesosok tubuh yang baru terlintas di fikirannya itu.Sofia langsung mengeluh kesal apabila sosok yang dicari olehnya tidak muncul pada pagi itu.Semasa emosi Sofia yang sedang dilanda kekecewaan,hatinya tiba-tiba bersorak gembira apabila orang yang dicari-cari olehnya muncul di hadapan mata kepalanaya sendiri.Dia langsung terpana apabila lelaki itu melintas di hadapannya dan meninggalkan haruman yang melekat di rongga hidung sesiapa sahaja yang mendekatinya.Dari jarak yang dekat sofia melihat jelas nama yang tertera di tanda nama lelaki itu'M.FAIZ'.
Faiz berjalan secepat mungkin ke arah barisan kelasnya.Dia sempat melirik jam tangan yang berada di tangan kirinya itu semasa mendekati dengan barisan kelasnya.'Lambat kau datang hari ni Faiz,motorsikal kau rosak ke?'Tanya Haziq apabila Faiz sudah duduk di sebelahnya.'TER-lambat bangun tadi lepas solat subuh badan aku rasa penat pulak sebab aku tidur lambat semalam,ingatkan nak tidur sekejap bagi relaks kan badan,tapi bila aku bangun je dah pukul 7 pagi'.Sebagai ketua kelas Haziq lantas mengambil kehadiran Faiz pada pagi itu.'Nasib baik solat subuh tak tertinggal'.
Adam menconteng-conteng kertas di hadapannya dengan pen miliknya.Hampir terkoyak kertas itu diconteng olehnya kerana contengannya yang terlalu keras dan kasar disebabkan perasaan geram dan cemburu yang menyelubungi dirinya apabila dia ternampak gadis yang dicintai olehnya iaitu Sofia dipikat dan digoda oleh senior-senior mereka kerana rupa paras cantik yang dimiliki oleh Sofia.'Kamu jealous kan?kalau suka dekat dia,cakap saja laa.'Kata Darvin yang membuatkan Adam berhenti daripada kegiatannya itu.Adam melihat lekat-lekat wajah Darvin yang berwarna kuning langsat itu.Darvin yang berdarah cina itu hanya diam di tempatnya apabila Adam melihat ke arahnya.'Gila ke?'
'kamu kata saya gila?sofia tu banyak cantik tau,semua lelaki suka dia,apalagi masa tu mira kata Faiz suka Sofia tau.'Balas Darvin dengan pelat cinanya yang sedikit pekat.'Faiz mana?' Adam mahukan kepastian daripada kata-kata yang disampaikan oleh Darvin sebentar tadi. Darvin langsung mendekatkan mulutnya ke cuping telinga Adam supaya tidak didengar oleh empunya badan.'Faiz kelas kita' Darvin mengacukan jari telunjuknya ke arah Faiz yang sedang elok duduk membaca buku sains tingkatan 4 di mejanya. Adam terus merenung tajam ke arah Faiz.'PERANG SUDAH BERMULA 'kata Adam perlahan degan penuh semangat di senyumannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar